Sunday, September 22, 2024

JAWATAN KOSONG


JAWATAN KOSONG KOPERASI KOLEJ UNIVERSITI
ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR BERHAD (KOKUIS)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia
yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di KOKUIS

Jawatan
PENGURUS

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak berpenyakit kronik

4. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan memiliki kemahiran komunikasi yang baik

5. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil seperti berikut:
 
    i. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya
       oleh Kerajaan 
Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda

6. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)
    pada Peringkat Sijil 
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
    diiktiraf setaraf dengannya oleh 
Kerajaan Malaysia

7. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (2) dua tahun
   dalam bidang 
perniagaan syarikat atau berpengalaman di dalam
    sektor koperasi merupakan 
satu kelebihan

Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan
    Jawatan 
KOKUIS menggunakan link dibawah ini.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan)
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan)
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan)
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan)
g. Sijil Kokurikulum
h. Profil Peribadi/Resume

3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan 
    diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepan 6 bulan dari 
    tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

5. Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi 
    temuduga melalui emel/panggilan telefon

6. Sila kemukakan permohonan melalui e-mel
    koperasi@uis.edu.my atau boleh hantar ke 
    Pejabat Koperasi Kuis yang beralamat di:

KOPERASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR BERHAD
d/a Universiti Islam Selangor
Bandar Seri Putra 
43000 Kajang Selangor Darul Ehsan


Tarikh Tutup Permohonan :  27 September 2024 (Jumaat)